1 ekor ayam: direbus separuh masak, kemudian disiat-siatkan, jangan terlalu halus
1 kg santan
10 biji bawang merah
4 batang serai, dihiris
3 ketul lengkuas, yang sedapnya guna lengkuas , jenis kecil
1 ketul halia, sebesar ibu jari
10 biji cili kering, ikut jenis kepedasannya.
Cara membuatnya:
Serai, bawang, lengkuas, halia dan cili dimesin halus. Tuang ke dalam santan dan ayam yang telah disiat. Masak atas api yang sederhana, kacau selalu agar tidak berkerak. Bila hampir kering tutupkan api.
*sedap dicicah dengan ketupat atau paling sedap jika diratah begitu sahaja.Kalau tak habis masak sampai kering betul macam serunding. Sedap...
Friday, September 11, 2009
Sambal Ayam Siat-Siat Mak Tok Bedah
Posted by We Haus Enterprises at 3:49 PM
Labels: Hidangan Lebaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment