Cucuq ini memang sangat mudah. Sampaikan suami saya selalu sebut "Pejam mata pun boleh buat!" tetapi yang sangat special kerana sekali sekala pasti anak-anak akan memintanya. Buatnya tidak perlu mengupas dan memotong itu ini, hanya gaul dan 'tauk' (masuk ) dalam kuali, alih-alih dan boleh dikaut(angkat).Mudah kan?Yang paling penting, setiap kali dikaut akan segera lesap dari pinggan . Marilah mencuba kala anda kering idea atau rasa segan (malas) datang tetapi perut minta diisi dan mulut rasa mahu mengunyah sesuatu.
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
Pukul telur dengan gula sekejab, masukan tepung , garam dan air. Kacau sebati dan sedia untuk digoreng. BIla kuning alih dan bila masak segera angkat dari kuali. Kepekatan cucuq ini jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak boleh disudu atau dikepal dengan tangan sahaja.
*Malam tadi dah buat tetapi tak sempat nak ambil gambar dah habis, lain kalilah dimasuk gambarnya.
Showing posts with label Kuih Segan (malas). Show all posts
Showing posts with label Kuih Segan (malas). Show all posts
Friday, March 19, 2010
Cucuq Manis
Posted by We Haus Enterprises at 3:07 PM 0 comments
Labels: Kuih Segan (malas)
Subscribe to:
Posts (Atom)