BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, March 19, 2010

Cucuq Manis

Cucuq ini memang sangat  mudah. Sampaikan suami saya selalu sebut "Pejam mata pun boleh buat!" tetapi yang sangat special kerana sekali sekala pasti anak-anak akan memintanya. Buatnya tidak perlu mengupas dan memotong itu ini, hanya gaul dan 'tauk' (masuk ) dalam kuali, alih-alih dan boleh dikaut(angkat).Mudah kan?Yang paling penting, setiap kali dikaut akan segera lesap dari pinggan . Marilah mencuba kala anda kering idea atau rasa segan (malas) datang tetapi perut minta diisi dan mulut rasa mahu mengunyah sesuatu.

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur

Pukul telur dengan gula sekejab, masukan tepung , garam dan air. Kacau sebati dan sedia untuk digoreng. BIla kuning alih dan bila masak segera angkat dari kuali. Kepekatan cucuq ini jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak boleh disudu atau dikepal dengan tangan sahaja.

*Malam tadi dah buat tetapi tak sempat nak ambil gambar dah habis, lain kalilah dimasuk gambarnya.

0 comments: