8 ekor ayam
16 biji kelapa
1.5kg bawang mera
150gm bawang putih
300gm cili kering
ketumbar 50 sen
jintan putih 50 sen
jintan manis 50 sen
serai RM2.00
Lengkuas RM 1.00
Halia RM 2.00
daun kunyit 4 helai
arang 4kg (kalau nak masak pakai dapur arang, rasa lebih sedap)
garam ikut rasa
air asam jawa, ikut rasa
Panggang ayam pada bara api hingga kuning. Potong 12 ketul.
Rempah ketumbar, jintan-jintan dimesyin halus.
Halia, cili kering, bawang-bawang, lengkuas dan serai dimesyin halus juga.
Tumiskan rempah dengan minyak kacang hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukan santan pekat.
Bila kuah sudah agak pekat barulah masukan ayam, kerisik, garam dan daun kunyit.
Akhir sekali masukan air asam jawa. Kacau hingga kering dengan api sederhana..
Wednesday, September 16, 2009
Rendang Ayam Emak KL
Posted by We Haus Enterprises at 9:52 AM 0 comments
Labels: Hidangan Lebaran
Tuesday, September 15, 2009
Sayur Lodeh Mak Tok KL
300gm daging
150gm kacang panjang
10 keping tempe
10 keping tahu
100gm udang kering-tumbuk kasar
1/2 inci lengkuas- tumbuk halus
10 biji cili masak
10 ulas bawang merah
Santan dari 1 biji kelapa
air asam jawa
garam
Daging dihiris nipis. Kacang panjang, tempeh dan tahu dipotong anggaran 1/2 inci panjang. Kelapa diambil patinya dan santan cair pula 1 mangkok.
Panaskan minyak goreng daging hingga empuk, Angkatkan, Tumis bawang, cili, udang kering dan lengkuas separuh masak. Masukan kacang panajng, tempeh, tahu, dan daging akhir masukan santan cair biar hingga mendidih.Masukan air asam jawa , pati santan dan garam bila masak padamkan api.
* Sayur lodeh memang enak dimakan bersama lontong, kuah kacang dan rendang. Rindunya beraya di Kg Baru. Enaknya lontong dan iringannya. Bila emak dan bapa tiada maka tamatlah peluang kami beraya di sana. Maka cinta saya sudah beralih arah kepada ketupat palas dan sambal ayamnya.
Posted by We Haus Enterprises at 2:51 AM 0 comments
Labels: Hidangan Lebaran
Rendang Tok versi Yang Atkah ,Ipoh
Ramuan A:
1 kati daging lembu, dipotong 4 ketul
Santan dari 3 biji kelapa, santan pertama diperah tanpa air (pati santan)
10 camca besar kelapa parut yang telah digoreng dan digiling (kerisekk)
40 keping isi kelapa dihiris nipis memanjang, setebal belakang pisau, 1" panjangnya
1 camca besar gula merah,
1 helai daun kunyit
sekeping asam gelugur
garam secukupnya
3 biji bunga cengkih
1 camca teh serbok biji pala
setengah inci kayu manis
4 hiris serai
2 hiris nipis lengkuas
10 ulas bawang merah
2 hiris nipis halia
Memasaknya:
Campur daging dengan kelapa giling, isi kelapa dipotong tadi,gula,daun kunyit,asam keping,secukup garam dan ramuan B. Gaul hingaga rata Jerang diapi yang perlahan biarkan mendidih.
Masukan santan perahan kedua( perah dgn air) anggaran 3 inci menutup daging dalam kuali.Kuatkan api sedikit masakkan selama 40 minit dengan membalik-balikan daging hingga kuah rendang pecah minyak. Masukan pati santan ,perlahankan api masak lagi 40 minit, balik-balikan dagingnya.Masak hingga berwarna koko tua dan naik bau rempahnyaBila rendang hampir kering kena balik-balikan selalu agar ramuan tidak melekat di kuali. Angkat dari api
.
*catatan:
ditulis: 27/1/1964 bersamaan 12 Ramadhan jam 11.45 malam Isnin.
Resepi ini didapati dari koleksi peribadi arwah mak, Al Fatihah.
Posted by We Haus Enterprises at 2:34 AM 0 comments
Labels: Hidangan Lebaran
Rendang Tok Versi Raja Arba'yah
* diberi oleh Mak Tok KL, sumber dari kawannya, Raja Arba'yah disalin semula sebagaimana ditulis Arwah. pandai-pandailah buat olahan untuk sesuaikan metriknya. Resepi ini untuk memenuhi permintaan Cik An.
1 kati daging lembu,
2 biji kelapa
1 sudu lauk ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
8 biji buah pelaga
20 biji cili kering
1 inci halia
2 inci kayu manis
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 sudu lauk gula
garam mengikut rasa
Cili kering, ketumbar, bawang merah,bawang putih,halia, jintan putih, jintan manis. bunga cengkih,bunga lawang, buah pelaga semunya digiling halus.Kelapa sebiji digoreng jadikan kerisik. Daging 1 kati tadi dipotong empat. Cari daging paha yang tidak berurat dan berlemak.Isi kelapa dibuang kulit arinya dan dipotong melintang nipis-nipis. Tak payah habiskan sebelah untuk 1 kati daging
Dalam satu mangkok taruh air sedikit masukan semua bahan giling tadi. Kemudian dimasukan santan. dan daging. Jerangkan ke api, .Agak-agak tiga suku masak baru masukan kelapa potong tadi. Setelah agak berminyak baru masukan kerisik & daun kunyit yang disiat-siat.
Posted by We Haus Enterprises at 1:52 AM 0 comments
Labels: Hidangan Lebaran
Friday, September 11, 2009
Sambal Ayam Siat-Siat Mak Tok Bedah
1 ekor ayam: direbus separuh masak, kemudian disiat-siatkan, jangan terlalu halus
1 kg santan
10 biji bawang merah
4 batang serai, dihiris
3 ketul lengkuas, yang sedapnya guna lengkuas , jenis kecil
1 ketul halia, sebesar ibu jari
10 biji cili kering, ikut jenis kepedasannya.
Cara membuatnya:
Serai, bawang, lengkuas, halia dan cili dimesin halus. Tuang ke dalam santan dan ayam yang telah disiat. Masak atas api yang sederhana, kacau selalu agar tidak berkerak. Bila hampir kering tutupkan api.
*sedap dicicah dengan ketupat atau paling sedap jika diratah begitu sahaja.Kalau tak habis masak sampai kering betul macam serunding. Sedap...
Posted by We Haus Enterprises at 3:49 PM 0 comments
Labels: Hidangan Lebaran
Ketupat Palas Mak Tok Bedah
1 kg santan kelapa, beli yang dah siap perahnya
daun palas 10 kaki, cari yang panjang bukan yang pendek.
garam
Beras pulut di tanak dengan santan. Api jangan terlalu perlahan nanti ketupat lembik. Terus mengacau sehingga santan sebati dengan pulut. Tutup api dan bila agak suam-suam mulalah membalut.
Nota kaki: Daun palas perlu dibuka pada malamnya, supaya daun lembut dan senang membalut.
Cari daun yang panjang-panjang kerana jika pendek susah nak balut.
Posted by We Haus Enterprises at 7:50 AM 0 comments
Labels: Hidangan Lebaran