BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 6, 2010

Chease Cake kkbd


BAHAN A (UNTUK SPONGE)
Sponge mix cake        250g
Telur                        4biji
Air                           60ml
Minyak masak/jagung  60ml
Lemon paste             2 sudu

KAEDAH MEMASAK :
1.    Pukul semua bahan kecuali minyak jagung dengan kelajuan tinggi selama 8 -10 minit hingga gebu.
2.    Kemudian masukkan minyak jagung & dikaup balik dengan spatula untuk menggelakkan kek dari berminyak.
3.    Tuang ke dalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin dan taburkan dengan sedikit tepung
4.    Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 oc selama 20 minit atau sehingga masak.
5.    Keluarkan dari acuan untuk disejukkan supaya kek tidak mengecut.


BAHAN B (UNTUK LAPISAN CHEESE DIATAS)
Cream cheese        500g
Gula kastor            150g
Telur                    2 biji
Whipping Cream     100g
Lemon paste         2 sudu
Blueberry filling       secukupnya

KAEDAH MEMASAK :
1.    Pukul cream cheese dan gula kastor hingga kembang
2.    Masukkan telur dan lemon paste
3.    Ratakan blueberry filling pada kek dan tutup dengan cream cheese pada atas permukaan kek
4.    Asingkan 4 sudu besar cream cheese untuk dibuat corak warna merah dan hijau
5.    Piping atas kek untuk dibuat corak.
6.    Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180oc atau sehingga masak. Jangan lupa letakkan bekas yang berisi air didalam ketuhar untuk menggelakkan permukaan cheese merekah atau hangus dan menutupnya dengan menggunakan aluminium foil.
7.    Apabila masak tutup suis biarkan seketika di dalam oven untk mengelakkan daripada merekah dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
8.    Hidang semasa sejuk.

* Saya sering juga mengikuti kelas masakan yang dianjur KKBD ni. Alhamdulilalh..semua yang saya pelajari dah dicuba dan memang menjadi. Cuma saya tak sampai lagi seru nak berniaga macam orang lain yang sama-sama  pi kursus. Sekadar dapat jimatkan duit tak payah pergi beli kat kedai bila anak-anak nak makan. Selamat mencuba

Cucoq Kodok pisang

4 biji pisang masak ranum
2 cawan tepong gandum ( atau 1 1/2 cawan tepung bersa+ 1/2 cawan tpg gandum)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Lenyek pisang. Masuk tepung, gula dan garam. Goreng dalam minyak yang banyak. Tos dgn kitchen towel, api jgn slow sangat nanti makan minyak.

Tuesday, October 5, 2010

Chicken chop KKBD


HIGHPROTEIN CHICKEN
Bahan-bahan :
Isi Ayam                 180 gm
Garam Halus            Secukup rasa
Paprika                  Secukup rasa
Serbuk Roti            30 gm
Tepung Gandum     30 gm
Telur                    1 biji
Minyak                  secukupnya

Kaedah Penyediaan :
1)    Perap ayam dengan garam dan paprika
2)    Ayam yang telah diperap, kemudian disalut dengan tepung, telur dan serbuk roti.
3)    Goreng dalam minyak yang banyak.


COLESLAW
Bahan-bahan :
Kobis                50 gm
Karet                30 gm
Bawang Besar     ¼ labu
Mayonnaise        100 gm
Susu Cair            secukupnya

Kaedah Penyediaan :
1)    Hiris kobis dan karet nipis-nipis.
2)    Mayang bawang besar.
3)    Gaul dengan mayonnaise dan susu cair


MASHED POTATO
Bahan-bahan :
Kentang                 2 biji
Butter                    1 sudu kecil
Garam                    Secukup rasa
Lada Putih              Secukup rasa
Fresh Milk/Cream      sedikit

Kaedah Penyediaan :
1) Kentang direbus bersama kulit.
2) Bila lembut, keluarkan & buang kulit.
3) Lenyek sampai lembut.
4) Masukkan whipping cream/fresh milk & rasakan dengan garam & serbuk lada.

MUSHROOM SAUCE
Bahan-bahan :
Sos Perang               100 gm
Mentega                  20 gm
Cendawan Butang      2 – 3 biji
Bawang Putih            1 ulas
Bawang Besar            ½  biji
Garam & air               Secukup rasa
Serbuk Lada Sulah     Secukup rasa
Susu Cair                  10 ml

Kaedah Penyediaan :
1)    Panaskan mentega. Tumis b/putih dan b/besar yang dicincang
2)    Masukkan cendawan yg dihiris nipis.
3)    Masukkan bancuhan sos perang dan biarkan merendidih seketika.
4)    Masukkan perasa dan susu cair.
5)    Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
6)    Kacau seketika dan boleh dihidangkan


CHICKEN  GRAVY

Bahan-bahan :
Chicken Gravy Powder        2 sudu besar
Air                                   1 cawan
Serbuk Lada Putih             Secukup rasa

Kaedah Penyediaan :
1)    Kacau serbuk chicken powder dengan1 cawan air.
2)    Masukkan dalam kuali.  Panaskan
3)    Masukkan serbuk lada.
4)    Tuang ke atas kentang putar @ mashed Potato tadi.