600gm beras pulut
10 helai daun pandan
air kapur sedikit
1/2 biji kelapa parut
garam
Mesin daun pandan dan perahkan airnya. 1 1/2 cawan air daun pandan. Gaul pulut dengan air daun pandan dan air kapur. Tanak pulut hingga airnya kering. Kacau selalu supaya tidak berkerak. Bila pulut sudah masak tutup api dan sejukkan.
Layurkan daun pisang, letakkan pulut di atas daun pising. Gulung dan diikat dikedua hujung dengan kemas. Didihkan air dan rebus lopes ini hingga masak dan pejal. Toskan.
Kuah:
1 cawan gula merah atau gula kabung
1/2 cawan gula
daun pandan
3 cawan air
Rebus semua bahan hingga agak pekat. Berhati-hati bila menggunakan gula merah kerana ada yang pahit dan merosakkan rasanya. Lebih selamat gunakan gula kelapa atau gula kabung.
Cara menghidang:
Buka ikatan lopes dan potong bulat-bulat. Gaulkan dalam kelapa yang sudah dicampur garam. Letakan ke dalam piring dan tuangkan air gula merah.
* Harith sampai dua kali pergi cari kat bazar Ramadhan. Minat punya pasal. Saya sudah jarang membuat kuih ini bila suami terpaksa berpantang pulut kerana sakit sendinya.Ketika di Taman Uda pokok pisang di keliling rumah amat memudahkan saya menghasilkan berbagai jenis kuih Melayu.
0 comments:
Post a Comment