Choux Pastry:
1/4 litre air
25gm tepung gandum
1/2 sudu teh gula
80gm butter
3 biji telur
Jerang air, masukan gula dan butter.Bila mendidih masukan tepung. Kacau hingga menjadi segumpal. Padam api dan sejukkan dalam dulang. Bila agak suam masukan dalam mangkok dan masukan telur satu persatu sambil diputar. Jika telur besar adunan jadi terlalu cair , jadi berhati-hati bila memasukkan telur. Masukan dalam piping beg dan paipkan atas dulang yang telah disapu majerin. Bakar 180 darjah selama 25 minit. Bila masak belah menggunakan gunting dan masukan kastadnya.
Kastad:
1/4 liter susu full cream
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
70gm gula castor (kurangkan jika tidak suka manis)
20gm tepung jagung
Larutkan tepung-tepung dalam sedikit susu. Baki susu dididihkan bersama gula dan telur. Bila mendidih masukan bancuhan kastad dan kacau hingga pekat menggunakan wire wisk. Bila sejuk masukan dalam beg piping dan paip ke dalam cream puff tadi.sedia untuk dihidangkan.
Wednesday, September 16, 2009
Cream Puff Chef Lang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment