3kg beras
150gm ghee
1 tin tomato sup Heinz
1 kotak kismis
1 tin kacang peas
10 ulas bawang merah ( 6 ulas dikisar)
6 ulas bawang putih
1 ketul halia ( sebahagian dikisar)
1 sudu teh jintan manis, tumbuk dan campur sedikit air.
Rempah tumis: bunga cengkih, kayu manis dll
Tumiskan bawang yang telah dihiris dengan halia dengan rempah tumis. Masukan kismis.Masukan pula bahan kisar , bila pecah minyak baru dituang tomato sup dan kacang pis.Bila mendidih baru dimasukkan beras dan kacau agar rata. tapiskan air jintan manis ke dalam nasi. Padamkan api. Dalam rice cooker masukan air yang telah disukat. Tuang campuran beras ke dalamnya. tambahkan garam dan daun pandan. Masaklah seperti biasa. Bila nasi hampir kering kacau sekejap agar eluk sekata warna merahnya.
*untuk 3 cawan beras Basmathi= 3 1/2 cawan air
Saturday, September 26, 2009
Nasi Tomato
Posted by We Haus Enterprises at 11:29 PM
Labels: Lauk kenduri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment