Kuah rebusan:
600gm tulang lembu
1 biji bawang besar
3-4 biji buah tomato
garam
12 tin susu air
Basuh tulang, belah 4 buah tomato dan bawang besar. Masuk dalam periuk berisi air dan rebus tulang dengan api yang sederhana hingga tulang empok. Angkat dari api, buah tomato diramaskan, tulang dan bawang besar dikeluarkan. Tapis dan ambil airnya sahaja.
Nasi:
4 tin susu beras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 tangkai cengkih
6 butir pelaga
2 inci kayu manis
4 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar tomato sup Heinz
Basuh beras dan tos air, Bawang merah, putih dan halia ditumbuk hancur.
Tumiskan bahan tumbuk , masukan cengkih, pelaga dan kayu manis goreng hingga bau wangi.
Masukan beras dan balik-balikan. Sekarang tuang air rebusan mengikut sukatan air.
Untuk menjadi lebih merah masuk 6 sudu besar tomato sup Heinz .
Kacau rata dan kemudian dimasak seperti biasa. ( Saya suka terus pindahkan ke rice cooker)
*catitian mak tok:
Jika puan-puan mempunyai keluarga yang ramai dan banyak kanak-kanak buatlah lebih sedikit nasi ini, kerana saya yakin mereka tidak akan puas dengan sepinggan sahaja!
Wednesday, September 16, 2009
Nasi Tomato Mak Tok KL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment