BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

Acar Timun

1 biji  timun
1 biji nenas
4 biji cili hidup
2 biji bawang besar
cuka
garam
gula

Hiris timun nipis-nipis. Nenas di potong 4 dan hiris agak kasar. Bawang besar di belah dua dan hiris nipis. Cili juga dihiris halus. Gaul dengan cuka, garam dan gula.

Dalca

1 kg  daging, hiris kecil
2 biji terung panjang, belah dua dan potong 4
300gm kacang panjang, potong anggaran 1 jari .
4 biji tomato, belah 4
1kg kentang, belah dua
3 batang carrot. potong panjang-panjang
600gm bawang merah, separuh dikisar dan hiris
200gm bawang putih, separuh kisar dan hiris
1 ketul halia, dikisar dan hiris
300gm kacang dall, direbus
2 bungkus kecil rempah kari daging
1 paket kecil jintan manis serbuk
kayu manis dll
air asam jawa
santan pekat 1 cawan
santan cair 4 cawan

Tumis bawang, halia dan rempah-rempah. Masukan bahan kisar dan rempah kari yang telah digaul dengan daging.  Kacau hingga rata dan masuk  sedikit air. Bila pecah minyak masukan santan cair.Bila daging sudah empok  baru  masukan kentang , terung dan carrot. Bila kentang agak lembut baru dimasukan kacang panjang dan kacang dall. Tambahkan garam dan air asam jawa. Bila agak pekat tutupkan api.

Saturday, September 26, 2009

Ayam Masak Merah

5 ekor ayam, digoreng separuh masak
600gm cili hidup
1 botol tomato sos
Minyak untuk menggoreng
1kg santan
Garam/gula
tomato
bawang besar

Goreng ayam. Angkat. Tumis cili kisar, bila pecah minyak masukkan tomato sos, agak pekat masukan santan, garam dan gula. Aakhirnya masukan ayam. Biar kuah agak pekat baru dimasukan tomato yang dibelah 4 dan bawang besar yang dipotong bulat.. Jika suka boleh juga di masukan kacang peas.

Nasi Tomato

3kg beras
150gm ghee
1 tin tomato sup Heinz
1 kotak kismis
1 tin kacang peas
10 ulas bawang merah ( 6 ulas dikisar)
6 ulas bawang putih
1 ketul halia ( sebahagian dikisar)
1 sudu teh jintan manis, tumbuk dan campur sedikit air.
Rempah tumis: bunga cengkih, kayu manis  dll

Tumiskan bawang yang telah dihiris dengan halia dengan rempah  tumis. Masukan kismis.Masukan pula bahan kisar , bila pecah minyak baru dituang tomato sup dan kacang pis.Bila mendidih baru  dimasukkan beras dan kacau agar rata. tapiskan air jintan manis ke dalam nasi. Padamkan api. Dalam rice cooker masukan air yang telah disukat. Tuang campuran beras ke dalamnya. tambahkan  garam dan daun pandan. Masaklah seperti biasa. Bila nasi hampir kering kacau sekejap agar eluk sekata warna merahnya.

*untuk 3 cawan beras Basmathi= 3 1/2 cawan air

Wednesday, September 16, 2009

Biskut Arab

250gm tepung gandum, digoreng tanpa minyak
250gm gula debu
250gm minyak sapi, anggaran

Gaul gula dengan tepung.Masukan minyak sapi sedikit sedikit hingga boleh dibentuk. Bakar pada 170 darjah selama 15 minit.,

Cream Puff Chef Lang

Choux Pastry:

1/4 litre air
25gm tepung gandum
1/2 sudu teh gula
80gm butter
3 biji telur

Jerang air, masukan gula dan butter.Bila mendidih masukan tepung. Kacau hingga menjadi  segumpal. Padam api dan sejukkan dalam dulang. Bila agak suam masukan dalam mangkok dan masukan telur satu persatu sambil diputar. Jika telur besar adunan jadi terlalu cair , jadi berhati-hati bila memasukkan telur. Masukan dalam piping beg dan paipkan atas dulang yang telah disapu majerin. Bakar 180 darjah selama 25 minit. Bila masak belah menggunakan gunting dan masukan kastadnya.

Kastad:
1/4 liter susu full cream
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
70gm gula castor (kurangkan jika tidak suka manis)
20gm tepung jagung

Larutkan tepung-tepung  dalam sedikit susu. Baki susu dididihkan bersama gula dan telur. Bila mendidih masukan bancuhan kastad dan kacau hingga pekat menggunakan wire wisk. Bila sejuk  masukan dalam beg piping dan paip ke dalam cream puff tadi.sedia untuk dihidangkan.

Biskut Mazola

2 mangkok kacang tanah
2 mangkok tepung gandum
1 1/2 mangkok gula castor
1 biji telur ayam (di sapu atas biskut)
1 botol minyak Mazola

Gaul 3 bahan pertama dalam mangkok  dan  siram perlahan-lahan minyak Mazola sehingga boleh dibentuk. Sapu kuning telur dan lekatkan kacang untuk hiasan ,jika suka. Bakar pada kepanasan 180 darjah/15-20 minit.

Lopes Harith

600gm beras pulut
10 helai daun pandan
air kapur sedikit
1/2 biji kelapa parut
garam
Mesin daun pandan dan perahkan airnya. 1 1/2 cawan air daun pandan. Gaul pulut dengan air daun pandan dan air kapur.  Tanak pulut hingga airnya kering.  Kacau selalu supaya tidak berkerak. Bila pulut sudah masak tutup api dan sejukkan. 
Layurkan daun pisang, letakkan pulut di atas daun pising. Gulung dan diikat dikedua hujung dengan kemas.  Didihkan air dan rebus lopes ini hingga masak dan pejal. Toskan. 
Kuah:
1 cawan gula merah atau gula kabung
1/2 cawan gula
daun pandan
3 cawan air
Rebus semua bahan hingga agak pekat. Berhati-hati bila menggunakan gula merah kerana ada yang pahit dan merosakkan rasanya. Lebih selamat gunakan gula kelapa atau gula kabung. 
Cara menghidang:
Buka ikatan lopes dan potong bulat-bulat. Gaulkan dalam kelapa yang sudah dicampur garam. Letakan ke dalam piring dan tuangkan air gula merah.
*  Harith sampai dua kali pergi cari kat bazar Ramadhan. Minat punya pasal. Saya sudah jarang membuat kuih ini  bila suami terpaksa berpantang  pulut kerana sakit sendinya.Ketika di Taman Uda pokok pisang di keliling rumah amat memudahkan saya menghasilkan berbagai jenis kuih Melayu.

Black Forest Chef Lang

Puding Jagung Mak Tok KL

4  1/2 cawan tepung custard
2 cawan gula
2 1/4 cawan susu cair
2 biji kelapa ( 18 cawan santan cair, 2 cawan sanatan pekat)
1 cawan susu pekat
1 tin cream corn, dikisarkan
2 sudu teh minyak (disapu di atas loyang supaya tidak melekat)

Bahan di atas dicampur dan dikacau di atas api sederhana hingga pekat dan masak.
Tuang ke dalam loyang. Biarkan  sejuk sebelum dipotong.

* Ini adalah diantara  menu  yang mak tok gemar hidangkan apabila ada  sesuatu majlis istimewa ataupun ketika hari raya.

Nasi Tomato Mak Tok KL

Kuah rebusan:

600gm tulang lembu
1 biji bawang besar
3-4 biji buah tomato
garam
12 tin susu air

Basuh tulang, belah 4 buah tomato dan bawang besar. Masuk dalam periuk berisi air dan rebus tulang dengan  api yang sederhana hingga tulang empok. Angkat dari api, buah tomato diramaskan, tulang dan bawang besar dikeluarkan. Tapis dan ambil airnya sahaja.

Nasi:

4 tin susu beras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 tangkai cengkih
6 butir pelaga
2 inci kayu manis
4 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar tomato sup Heinz

Basuh beras dan tos air, Bawang merah, putih dan halia ditumbuk hancur.
Tumiskan bahan tumbuk , masukan cengkih, pelaga dan kayu manis goreng hingga bau wangi.
Masukan beras dan balik-balikan. Sekarang tuang  air rebusan mengikut sukatan air.
Untuk menjadi lebih merah masuk 6 sudu besar tomato sup Heinz .
Kacau rata  dan kemudian dimasak seperti biasa. ( Saya suka terus pindahkan ke rice cooker)

*catitian mak tok:

Jika  puan-puan mempunyai keluarga yang ramai dan banyak kanak-kanak buatlah lebih sedikit nasi ini, kerana saya yakin mereka tidak akan puas dengan sepinggan sahaja!

Rendang Ayam Emak KL

8 ekor ayam
16 biji kelapa
1.5kg bawang mera
150gm bawang putih
300gm cili kering
ketumbar 50 sen
jintan putih 50 sen
jintan manis 50 sen
serai RM2.00
Lengkuas RM 1.00
Halia RM 2.00
daun kunyit 4 helai
arang 4kg (kalau nak masak pakai dapur arang, rasa lebih sedap)
garam  ikut rasa
air asam jawa, ikut rasa

Panggang ayam pada bara api hingga kuning. Potong 12 ketul.
 Rempah ketumbar, jintan-jintan dimesyin halus.
Halia, cili kering, bawang-bawang, lengkuas dan serai dimesyin halus juga.
Tumiskan rempah  dengan minyak kacang hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukan santan pekat.
Bila kuah sudah agak pekat barulah masukan ayam, kerisik, garam dan daun kunyit.
Akhir sekali masukan air asam jawa. Kacau hingga kering dengan api sederhana..

Tuesday, September 15, 2009

Fruit Cake Ummi

230gm butter
230gm light brown sugar
230gm plain flour
60gm self raising flour
4 eggs
1 tablespoon jam strawberry
1 teaspoon vanilla
3/4 cup sunquick orange
pinch salt
450gm dried mixed fruit

Soak mixed fruit in sunquick overnight. Sift flours and salt. Cream butter and sugar until light and fluffy.  Beat in one egg at a time. Alternately add flour and fruit until both are used. Place in 20cm round tin and bake 160 degree for 1 hour.

Kek Coklat Ummi

250gm butter
250gm gula castor
150gm tepung self raising (dicampur cocoa dan baking powder)
70gm cocoa
1/4 cawan susu cair
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla

Pukul butter dan gula hingga putih. Masuk telur satu persatu. Masuk tepung berselangseli dengan susu. Tuang dalam bekas dan bakar pada 180 darjah celcius selama 45 minit.

Topping: versi bajet:

1/2 tin susu pekat
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar serbuk koko
50gm serbuk koko

Campur semua dan kacau di atas api yang perlahan hingga pekat. Lebih mudah mengguna wire wirsk.  Terus tuang ke  atas kek, dan taburkan coklat rice dan hiasan coklat Smarties jika suka.

Daging Merah Taman Uda

1kg daging
1 biji bawang besar. potong bulat
sedikit cili sos.
sedikit tomato sos
kicap
sedikit gula

Daging direbus dengan cili sos hingga empuk. Angkat dan toskan. Lumur pula tomato  sos dan kukus hingga kering, Angkat dan potong nipis-nipis. Goreng daging dengan kicap, bawang besar, cili sos, dan gula. Jika suka pedas boleh ditambah sambal kicap

Sambalnya:

Cili padi (ikut anggaran)
seulas bawang putih
gula,garam cuka

Tumbuk cili padi, bawang putih,gula dan garam,Masukan sedikit cuka atau perahkan air limau nipis

Sayur Lodeh Mak Tok KL

300gm daging
150gm kacang panjang
10 keping tempe
10 keping tahu
100gm udang kering-tumbuk kasar
1/2 inci lengkuas- tumbuk halus
10 biji cili masak
10 ulas bawang merah
Santan dari 1 biji kelapa
air asam jawa
garam

Daging dihiris nipis. Kacang panjang, tempeh dan tahu dipotong anggaran 1/2 inci panjang. Kelapa diambil patinya dan santan cair pula 1 mangkok.
Panaskan minyak goreng daging hingga empuk, Angkatkan, Tumis bawang, cili, udang kering  dan lengkuas separuh masak. Masukan kacang panajng, tempeh, tahu, dan daging  akhir masukan santan cair  biar hingga mendidih.Masukan air asam jawa , pati santan  dan garam bila masak padamkan api.

* Sayur lodeh memang enak dimakan bersama lontong, kuah kacang dan rendang. Rindunya beraya di Kg Baru. Enaknya lontong dan iringannya. Bila emak dan bapa tiada maka tamatlah peluang kami beraya di sana. Maka cinta saya sudah beralih arah kepada ketupat palas dan sambal ayamnya.

Rendang Tok versi Yang Atkah ,Ipoh

Ramuan A:
1 kati daging lembu, dipotong 4 ketul
Santan dari 3 biji kelapa, santan pertama diperah tanpa air (pati santan)
10 camca besar kelapa parut yang telah digoreng dan digiling (kerisekk)
40 keping isi kelapa dihiris nipis memanjang, setebal belakang pisau, 1" panjangnya
1 camca besar gula merah,
1 helai daun kunyit
sekeping asam gelugur
garam secukupnya



Ramuan B: (digiling halus)
1 tahil ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar lada sulah
3 batang lada  kering

3 biji bunga cengkih
1 camca teh serbok biji pala
setengah inci kayu manis
4 hiris serai
2 hiris nipis lengkuas
10 ulas bawang merah
2 hiris nipis halia

Memasaknya:

Campur daging dengan kelapa giling, isi kelapa dipotong tadi,gula,daun kunyit,asam keping,secukup garam dan ramuan B. Gaul hingaga rata Jerang diapi yang perlahan biarkan mendidih.

Masukan santan perahan kedua( perah dgn air) anggaran 3 inci menutup daging dalam kuali.Kuatkan api sedikit masakkan selama 40 minit dengan membalik-balikan daging hingga kuah rendang pecah minyak. Masukan pati santan ,perlahankan api masak lagi 40 minit, balik-balikan dagingnya.Masak hingga berwarna koko tua dan naik bau rempahnyaBila rendang hampir kering kena balik-balikan selalu agar ramuan tidak melekat di kuali. Angkat dari api
.
*catatan:
  ditulis: 27/1/1964  bersamaan 12 Ramadhan jam 11.45 malam Isnin.
  Resepi ini didapati dari koleksi peribadi arwah mak, Al Fatihah.

Rendang Tok Versi Raja Arba'yah

* diberi oleh Mak Tok KL, sumber dari kawannya, Raja Arba'yah  disalin semula sebagaimana ditulis Arwah. pandai-pandailah buat olahan untuk sesuaikan metriknya. Resepi ini untuk memenuhi  permintaan Cik An.

1 kati daging lembu,
2 biji kelapa
1 sudu lauk ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
8 biji buah pelaga
20 biji cili kering
1 inci halia
2 inci kayu manis
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 sudu lauk gula
garam mengikut rasa

Cili kering, ketumbar, bawang merah,bawang putih,halia, jintan putih, jintan manis. bunga cengkih,bunga lawang, buah pelaga semunya digiling halus.Kelapa sebiji digoreng jadikan kerisik. Daging 1 kati tadi dipotong empat. Cari daging paha yang tidak berurat dan berlemak.Isi kelapa dibuang kulit arinya dan dipotong melintang nipis-nipis. Tak payah habiskan sebelah untuk 1 kati daging

Dalam satu mangkok taruh air sedikit masukan semua bahan giling tadi.  Kemudian dimasukan santan. dan daging. Jerangkan ke api, .Agak-agak tiga suku masak baru masukan kelapa  potong tadi. Setelah agak berminyak baru masukan kerisik & daun kunyit yang disiat-siat.

Tiga minggu pun tahan disimpan.

Sunday, September 13, 2009

Oat Tomato Pak Cik Yusuf Lee

2 rangka ayam atau tulang lembu , direbus dengan 2 liter air,Ketepikan.

4 biji bawang besar, dipotong dadu
1 kg tomato segar.  di potong dadu
1 cawan oat
1 helai bay leaf
 garam
lada  putih

Tumis bawang hingga garing, masukan tomato dan daging cincang  biar hingga tomato lembut lembut. Masukan air ayam bila hampir pekat baru masukan garam, lada hitam dan oat. Kacau hinga sebati. Jika ingin lebih pekat masukan lebih oat. Ingin lebih masam lebihkan tomato.

Sedap dimakan bersama roti bakar  dan  Garlic Bread. Atau dihirup begitu saja!

Mee Hokien Aunty Jal

2 rangka ayam, direbus dengan sedikit halia dan bawang putih,
1/2 ekor ayam,  direbus bersama dan disiat isinya
300gm udang, direbus dan dikupas.  Kisarkan  kulitnya dan ditapis.

1 paket bihun- dicelur
1kg mee kuning- dicelur

Kuah:

4 ulas bawang merah, kisar
4 ulas bawang putih, kisar
2 sudu besar cili kering kisar
1 ketul kecil gula batu
garam

Tumis bahan kisar, bila pecah minyak tuangkan kuah ayam tadi dan air udang dari kulit yang dikisar. Bila mendidih masukan gula batu dan garam. Bila mendidih padamkan api.

Hiasan:

daun sup/daun bawang  1 pokok
taugeh 1 mangkok, celurkan
bawang goreng
cili hidup dihiris
kuah cabai  (10 biji cili kering yang dikisar, ditumiskan hingga pecah minyak.)

Cara menghidang:

masukan mee dan bihun ke dalam mangkok, masukan taugeh, isi ayam, udang, daun sup/bwg, bawang goreng
dan akhir sekali sedikit kuah cabai sebelum dimasukkan kuah . Enak jika kuahnya panas.

Fruit Koktel Pak Cik Dudin

2 tin susu cair
2 sudu tepung custard
2 sudu gula
570ml    air


Larutkan custard dan gula dalam  1 senduk susu.
Didihkan baki susu . Tuang campuran custard dan kacau hingga pekat. Lebih eluk menggunakan wire whisk. Api jangan terlalu kuat nanti bawahnya berkerak dan bau hangit. Bila pekat padamkan api. Tuangkan ke dalam bekas untuk menghidang. Bila agak suam tuangkan campuran koktel buah-buahan tadi. Kacau biar sebati. Bila sedia untuk dihidang baru dimasukan ice cube.

Laksa Kedah

1 paket laksa cap Eka rendam 3 jam sebelum direbus hingga empuk, toskan airnya.

Kuah:
1 kg ikan kembung, direbus dan dikeluarkan isi kemudian dikisar
1 senduk cili kering yang telah dikisar  halus
10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar, dikisar
1 kuntum bunga kantan
secekak daun kesum
3 keping asam keping
garam secukup rasa
belacan sebesar ibu jari * optional
air rebusan ikan 2 liter,( ikut nak cair atau pekat)

Rebus semua hingga mendidih dan agak pekat. Jika suka pedas lebihkan cili jika suka masam lebihkan asam keping.

Hiasan:
1 biji timun, di potong memanjang
2 biji bawang besar, dihiris nipis
5 biji cili padi, dihiris
3 biji limau nipis, dipotong 8
seikat daun selom atau putat atau gajus atau ulam raja, dihiris halus
daun pudina* option

Cara menghidang:

Letak laksa ke dalam mangkok, masukan timun, bawang , daun-daun, cili dan perahkan asam limau sebelum disendukkan kuah yang panas.Kalau tak tahan pedas tak perlu ditambah cili padi.

Selamat mencuba  & menjamu!!

Saturday, September 12, 2009

Soto Ayam Taman Uda

*disegerakan entri atas permintaan 'Ammar

1 ekor ayam,
3 liter air

Rebuskan ayam dalam dengan semua bahan A hingga empuk. Bila hampir sejuk siat-siatkan ayam . Tulangnya dimasukan ke dalam kuah dan dibiar merenih.

Bahan Kuah:
bahan A:
1 batang serai di ketuk
1 ketul lengkuas, diketuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
 Halia sebesar ibu jari, ketuk
1 sudu teh serbok lada putih
5 ulas bawang putih. dikisar
5 ulas bawang merah dikisar
garam

Bahan B: Kuah kicap

10 biji cili padi. dicelur sekejap
2 ulas bawang putih, dibakar di atas api sekejap
3 biji limau  nipis diambil airnya
5 sudu kicap masin

Kisar bawang putih dan cili padi  hingga hancur. Masukakan kicap dan air limau nipis.

 Bahan c: Pergedil daging

500gm daging cincang
500gm kentang, dipotong , digoreng dan ditumbuk
daun sup/daun bawang
serbuk lada
garam

Gaul semua dan kepal-kepal kecil-kecil. Untuk mengoreng dicelup  ke dalam kuning telur dan goreng hingga kuning.


Cara  hidangan:

6 ketul ketupat nasi Adabi (besar) direbus, dan potong dadu
taugeh dicelur
kacang tanah di goreng
pergedil daging digoreng
daun sup/daun bawang dipotong halus
bawang goreng

Masukan ketupat nasi, pergedil, isi ayam, taugeh, daunsup/bawang, kacang tanah,  bawang goreng dan kuah kicap. Akhirnya masukkan kuahnya. Sedap dimakan ketika panas-panas.

* Sesuai untuk 10 orang.

Friday, September 11, 2009

Bihun Sup Titi Gajah

Ini bihun sup versi kenduri ya! Kalau seorang dua sahaja pandai-pandailah adjust.

Kuahnya:

3 puntung kaki lembu, kaki yang sudah hampir habis dagingnya.
3 kg daging, rebus dan bila masak dipotong kecil untuk dimakan nanti
3kg tulang sup, menambah perisa sahaja biasanya tulang rangka atau dada
200gm halia, di titik
200gm lengkuas, titik
50 kg kayu manis,
10 paket sup bunjut Adabi (sebab dah siap dgn rempahnya)
garam, mengikut rasa

 Bahan di atas direbus sehingga daging lembut, biasanya memakan masa 1 jam 30 minit. Manisnya sup bergantung kepada daging baru atau sudah lama.

Wajib ada:

10 paket bihun ,dicelur dalam air bercampur kuniyit serbuk
6 paket mee kuning, juga di celur (option)

Hiasan:
600gm bawang goreng
20 keping taukua( tahu), goreng dan potong dadu
600gm daun sup + daun bawang, dipotong halus
300gm limau nipis, dipotong
300gm lobak masin, celur dan potong dadu
1kg kacang tanah, goreng tanpa minyak,ditumbuk sederhana halus

300gm cili kering, direndam ,dimesin dan di tumis hingga pecah minyak.

Cara menghidang,

Masukkan bihun  atau mee atau kedua-duanya ke dalam mangkok, tabur daging, lobak masin, kacang tanah, tahu, daun sup, bawang goreng dan sambal cili kering. Akhirnya tuangkan kuah dan sedia untuk di makan.

Sambal Ayam Siat-Siat Mak Tok Bedah

1 ekor ayam: direbus separuh masak, kemudian disiat-siatkan, jangan terlalu halus
1 kg santan
10 biji bawang merah
 4 batang serai, dihiris
 3 ketul lengkuas, yang sedapnya guna lengkuas , jenis kecil
 1 ketul halia, sebesar ibu jari
 10 biji cili kering, ikut jenis kepedasannya.
Cara membuatnya:
Serai, bawang,  lengkuas, halia  dan cili dimesin halus. Tuang ke dalam santan dan ayam yang telah disiat. Masak atas api yang sederhana, kacau selalu agar tidak berkerak. Bila hampir kering tutupkan api.

*sedap dicicah dengan ketupat atau  paling sedap jika diratah begitu sahaja.Kalau tak habis masak sampai kering betul macam serunding. Sedap...

Ketupat Palas Mak Tok Bedah

1 kg beras pulut susu, mahal sikit tapi putih dan lembut
1 kg santan kelapa, beli yang dah siap perahnya
daun palas 10 kaki, cari yang panjang bukan yang pendek.
garam

Beras pulut di tanak dengan santan. Api jangan terlalu perlahan nanti ketupat lembik. Terus mengacau sehingga santan sebati dengan pulut. Tutup api dan bila agak suam-suam mulalah membalut.

Nota kaki: Daun palas perlu dibuka pada malamnya, supaya daun lembut dan senang membalut.
Cari daun yang panjang-panjang kerana jika pendek susah nak balut.