BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, September 5, 2010

Udang Goreng Kunyit

300gm udang, potong hujung kepala dan ekor
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh kunyit
1 biji bawang besar. Potong kasar
1 biji kentang
2 sudu minyak
1/4 cawan air

Gaul udang dengan garam dan kunyit .Panas minyak dan masukan udang, kacau sekejab .lepas itu masuk kentang dan air. Bial kentang empok masuk bawang besar. Biar sekejab sebelum dipadam api.

Sup ayam

1/2 ekor ayam

bahan hiris:

sedukit halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 paket sup tulang adabi

Tumis bahan di atas  hingga kuning. masuk 2 cawan air dan biar hingga mendidih. masuk ayam yang dipotong kecil. masuk carrot dan kentang masuk garam. Kalau suka masukkan suun. Bila dah empok  angkat dan hidangkan.

Ayam Masak Kicap

1/2 ekor ayam
1 hiris halia, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar,potong kasar
1/2 cawan  air sam jawa
1/4 cawan kicap

goreng ayam hingga masak. ketepikan. Tumis bawang putih dan halia  masuk kicap, ayam dan tuang air asam jawa serta  bawang  besar. Bila mendidih angkatkan. Jika ingin lebih kuah masukan 1/4 cawan air.

Friday, March 19, 2010

Cucuq Manis

Cucuq ini memang sangat  mudah. Sampaikan suami saya selalu sebut "Pejam mata pun boleh buat!" tetapi yang sangat special kerana sekali sekala pasti anak-anak akan memintanya. Buatnya tidak perlu mengupas dan memotong itu ini, hanya gaul dan 'tauk' (masuk ) dalam kuali, alih-alih dan boleh dikaut(angkat).Mudah kan?Yang paling penting, setiap kali dikaut akan segera lesap dari pinggan . Marilah mencuba kala anda kering idea atau rasa segan (malas) datang tetapi perut minta diisi dan mulut rasa mahu mengunyah sesuatu.

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur

Pukul telur dengan gula sekejab, masukan tepung , garam dan air. Kacau sebati dan sedia untuk digoreng. BIla kuning alih dan bila masak segera angkat dari kuali. Kepekatan cucuq ini jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak boleh disudu atau dikepal dengan tangan sahaja.

*Malam tadi dah buat tetapi tak sempat nak ambil gambar dah habis, lain kalilah dimasuk gambarnya.

Tuesday, March 16, 2010

Cincau buat sendiri


Ingredients:


5 bags of gui ling gao powder
4 1/2 cups water
100 gm rock sugar
1 slab of candy sugar
3/4 cup water

Method:

1. Put 3 cups of water in a pot with the rock sugar. Boil until rock sugar dissolve.

2. While boiling sugar water, mix the 5 bags of jelly powder with 1 cup water. Mix well with a whisk.

3. After the sugar water is ready, slowly pour in the jelly powder mixture. Whisk at the same time when pouring in the sugar water. Risk the bowl with rest of the 1/2 cup of water and pour in the pot. Whisk fast to prevent lumps and for a smooth texture. The jelly thicken up really quick so prepare the molds a head of time.

4. Pour the thick jelly into the molds and let it cool and set. It will set once it cooled. Put all the jelly in the refrigerator.

5. In another pot, mix the sugar slap and 3/4 cup water to make syrup. Boil the sugar until it dissovle and bubble up. It is have a consistency of the honey. Do not over boil as it may get too thick. If that's the case then add more water in and continue to bring to boil again only until it slightly thicken.

6. Pour some syrup over cold jelly and serve.

Optional: You can serve this with honey, condensed milk, or canned fruits.

*copy n paste je,sorry

Wednesday, December 23, 2009

tapai

Tapai


BAHAN-BAHAN: 
1 kg beras pulut
250 gm ragi
250 gm gula
Daun pisang

CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu beras pulut perlu direndam selama lima jam.
2. Kemudian kukus sehingga tiga suku masak (selama 20 minit). Biarkan sehingga sejuk.
3. Ragi ditabur di atas pulut yang dikukus bersama gula. Gaul rata.
4. Kemudian bungkus de ngan daun pisang. Peramkan selama beberapa hari.

Saturday, December 5, 2009

Tepung Talam Mak Jah

Bahagian kepala:

1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
sedikit garam

Gaul semua dan tapiskan .

Bahagian bawah:

1 cawan tepung beras
3 cawan air yang terdiri daripada:
                   1 cawan air gula merah
                   (1/2 cawan gula merah+ 2 sudu gula putih dimasak bersama 1 cawan air)
                   1 cawan air kapur jernih
                   1 cawan air biasa

Air gula merah sejuk digaul bersama tepung dan air yang lain. Jerang kukusan dan bila air mendidih tuang campuran tepung dalam bekas. Kacau hingga agak pekat. Tutupkan tudung dan biar hingga masak.

Bila bahagian bawah telah betul-betul masak, tuangkan bahagian atas yang telah siap dibancuh tadi. Tutupkan tudung dan masak hingga ia betul-betul masak. Tunggu hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba sejenis lagi kuih lama Kedah dan masih terus dinikmati sehingga kini.