Sunday, March 6, 2011
Wednesday, October 6, 2010
Chease Cake kkbd
Sponge mix cake 250g
Telur 4biji
Air 60ml
Minyak masak/jagung 60ml
Lemon paste 2 sudu
2. Kemudian masukkan minyak jagung & dikaup balik dengan spatula untuk menggelakkan kek dari berminyak.
3. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin dan taburkan dengan sedikit tepung
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 oc selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari acuan untuk disejukkan supaya kek tidak mengecut.
BAHAN B (UNTUK LAPISAN CHEESE DIATAS)
Cream cheese 500g
Gula kastor 150g
Telur 2 biji
Whipping Cream 100g
Lemon paste 2 sudu
Blueberry filling secukupnya
KAEDAH MEMASAK :
2. Masukkan telur dan lemon paste
3. Ratakan blueberry filling pada kek dan tutup dengan cream cheese pada atas permukaan kek
4. Asingkan 4 sudu besar cream cheese untuk dibuat corak warna merah dan hijau
5. Piping atas kek untuk dibuat corak.
6. Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180oc atau sehingga masak. Jangan lupa letakkan bekas yang berisi air didalam ketuhar untuk menggelakkan permukaan cheese merekah atau hangus dan menutupnya dengan menggunakan aluminium foil.
7. Apabila masak tutup suis biarkan seketika di dalam oven untk mengelakkan daripada merekah dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
8. Hidang semasa sejuk.
* Saya sering juga mengikuti kelas masakan yang dianjur KKBD ni. Alhamdulilalh..semua yang saya pelajari dah dicuba dan memang menjadi. Cuma saya tak sampai lagi seru nak berniaga macam orang lain yang sama-sama pi kursus. Sekadar dapat jimatkan duit tak payah pergi beli kat kedai bila anak-anak nak makan. Selamat mencuba
Posted by We Haus Enterprises at 11:53 PM 0 comments
Cucoq Kodok pisang
4 biji pisang masak ranum
2 cawan tepong gandum ( atau 1 1/2 cawan tepung bersa+ 1/2 cawan tpg gandum)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Lenyek pisang. Masuk tepung, gula dan garam. Goreng dalam minyak yang banyak. Tos dgn kitchen towel, api jgn slow sangat nanti makan minyak.
Posted by We Haus Enterprises at 11:44 PM 0 comments
Tuesday, October 5, 2010
Chicken chop KKBD
Isi Ayam 180 gm
Garam Halus Secukup rasa
Paprika Secukup rasa
Serbuk Roti 30 gm
Tepung Gandum 30 gm
Telur 1 biji
Minyak secukupnya
Kaedah Penyediaan :
1) Perap ayam dengan garam dan paprika
2) Ayam yang telah diperap, kemudian disalut dengan tepung, telur dan serbuk roti.
3) Goreng dalam minyak yang banyak.
COLESLAW
Kobis 50 gm
Karet 30 gm
Bawang Besar ¼ labu
Mayonnaise 100 gm
Susu Cair secukupnya
Kaedah Penyediaan :
1) Hiris kobis dan karet nipis-nipis.
2) Mayang bawang besar.
3) Gaul dengan mayonnaise dan susu cair
MASHED POTATO
Kentang 2 biji
Butter 1 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Lada Putih Secukup rasa
Fresh Milk/Cream sedikit
Kaedah Penyediaan :
1) Kentang direbus bersama kulit.
2) Bila lembut, keluarkan & buang kulit.
3) Lenyek sampai lembut.
4) Masukkan whipping cream/fresh milk & rasakan dengan garam & serbuk lada.
MUSHROOM SAUCE
Sos Perang 100 gm
Mentega 20 gm
Cendawan Butang 2 – 3 biji
Bawang Putih 1 ulas
Bawang Besar ½ biji
Garam & air Secukup rasa
Serbuk Lada Sulah Secukup rasa
Susu Cair 10 ml
Kaedah Penyediaan :
1) Panaskan mentega. Tumis b/putih dan b/besar yang dicincang
2) Masukkan cendawan yg dihiris nipis.
3) Masukkan bancuhan sos perang dan biarkan merendidih seketika.
4) Masukkan perasa dan susu cair.
5) Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
6) Kacau seketika dan boleh dihidangkan
CHICKEN GRAVY
Bahan-bahan :
Chicken Gravy Powder 2 sudu besar
Air 1 cawan
Serbuk Lada Putih Secukup rasa
Kaedah Penyediaan :
1) Kacau serbuk chicken powder dengan1 cawan air.
2) Masukkan dalam kuali. Panaskan
3) Masukkan serbuk lada.
4) Tuang ke atas kentang putar @ mashed Potato tadi.
Posted by We Haus Enterprises at 9:10 PM 0 comments
Sunday, September 5, 2010
Sardin Goreng
1 tin sardin
1 biji bawang besar
1/4 cawan air asam jawa.
Tumis bawang besar.Masuk sardin. Kacau sebentar. Tuang air asam. Bila mendidih tutup api.
Posted by We Haus Enterprises at 7:07 PM 0 comments
Labels: Resepi Harian
Kobis Masak Lemak
1/2 biji kobis, potong kasar
1 biji bawang merah, hiris
1 sudu teh garam
1 sudu besar ikan bilis
1 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
Masuk kobis, bawang merah, ikan bilis , garam dalam periuk. Masuk santan cair biar hingga mendidih. Kacau. Bila kobis lembut masuk pati santan. kacau pelahan-lahan. Bila mendidih tutupkan api.
Posted by We Haus Enterprises at 7:03 PM 0 comments
Labels: Resepi Harian
