BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 16, 2014

kari bawal mamak


SIRI 4 : KARI IKAN BAWAL MAMAK PENANG

Posted by: Mohammad Roslan on: September 12, 2009


2 Votes

kari ikan
Kali ini Mamak ingin majukan resepi Kari Ikan Bawal yang begitu popular di Pulau Pinang. Ikan bawal yang dimaksudkan adalah Ikan Bawal Hitam yang saiznya lebih kurang 1 kg seekor. Ada juga ikan bawal jenis kecil ia itu boleh didapati 3 ekor dalam satu kilo. Ikan bawal kecil ini lebih sesuai untuk goreng buat sweet sour atau pun di Penang ini popular dengan Ikan Bawal Goreng Panas-Panas dengan dicicahnya kicap berlada…disediakan nasi panas, sambal belacan dengan ulam timun dan daun salom dan gulai ikan.Sepinggan cuma RM5.00 boleh di cuba di gerai makan MPSP , ASTAKA Bandar Perda, Bulit Mertajam, Pulau Pinang….memang sedap. Cara garingkan gorengan ikan ialah…ikan yang digoring perlu ditos dan kering dipermukaan ikan…gunakan kertas tisu dapur untuk mengeringkan permukaan ikan…2 . Minyak perlu panas(api yang kuat sedikit) ia itu pada permulaan goreng supaya kulitnya garing tetapi perlu sederhanakan api goringan untuk ikan itu masak secukup…3. tanda-tanda ikan telah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak…selamat mencuba.
IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
150 gm. Santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
125 gm. Rempah Ikan (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba’s 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
2 biji Tomato (dipotong empat)
6 biji Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya)
2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
4 biji bawang putih di titek.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil serbuk cili.
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
3 ranting daun kari.
2 ranting daun pudina.
1 senduk besar minyak masak.
Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN.
1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepada ikan bawal perlu dibasuh dengan memebuang sega sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendih ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.
2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis (penggunaan minyak untuk menumis perlu tidak lebih dan kurang) 1 senduk besar minyak masak memadai.
3. masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul dalam kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Masukkan kisaran bawang besar. Apabila tumisam mula mendidih dan keluarkan bau yang harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili +serbuk kas-kas. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan biarkan sebatian ini mendidih. Api yang kuat diperlukan untuuk mendidihkan sebatian kari ini.
4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 5 -10minit, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.
5. Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur.
5. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). Masukan bendi dan tutup api dapur. kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas. Buka Tuadang bekas hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!

ayam rempah mamak

Lama dah dok simpan resepi ni.Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan ya anak-anak.

AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG

Posted by: Mohammad Roslan on: Ogos 21, 2009


Rate This

SIRI: 1
AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK PENANG.
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg.  Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan. Sebarang masalah emailkan: mohd.roslan99@gmail.com.
* Nota: Baca post-post mamak yang sebelum ini berkenaan bagaimana menyediakan kisaran yang baik.

Lauk Nasi Tomato Pulau Pinang

Adakala bila terjumpa resepi yang lazat saya akan copy paste dan simpan. Ini adalah antara resepi tersebut. Saya tidak ingat pula dari mana linknya tetapi saya mendoakan agar tuan empunya resepi akan menghalalkan untuk dikongsi kelazatan sesuatu hidangan.

Dalca adalah satu resepi yang amat mudah dan ia selalunya digunakan untuk pengemar kuah. Resepi ini ialah tambahan kepada sebarang masakan Nasi yang istimewa seperti Nasi beriani, Nasi Bukhary atau pun Nasi Tomoto. Kuah yang tidak pedas dan pekat menyelerakan hidangan nasi bersama apa jua resepi lauk nasi kandar. Di Pulau Pinang tanpa DALCA ini tak sempurnalah apa jua set masakan. Set masakan yang untuk jamuan biasanya di Pulau Pinang:
1.Nasi Beriani/Minyak/Tomato/Hujan Panas.
2. Ayam Masak Merah/Ros.
3. Daging Masak Hitam.
4. Dalca Ayam.
5. Kerabu Nenas + timun.
Tambahan : Kurmak Kambing / Acar Buah/Buah Tembikai/ Teh Tarik/Roti Canai/ Ais kacang/ Bubur Kacang.
Nota: Nasi biarlah guna beras basmathi..Jamuan .. sekali sekala!.
Resepi Dalca:
Bahan-Bahan:
1/2 kg Tulang kambing bhg. rusuk atau tulang Ayam (rangka). di potong ikut selera.
300 gm Kacang Paruppu biasa (Australia). Direbus bersama tulang kambing. Sehingga empuk (45minit). *Jangan sekali simpan kacang paruppu yang belum masak ke dalam peti sejuk…sampai esok pagi anda tidak dapat kacang parrupu itu empuk atau masak. Kalau ingin masak cepat gunakan pressure cooker yang tak ada “pressure cooker” masukan satu sudu kedalam kacang parrupu yang sedang rebus untuk cepat masak.
2 btg karot sederhana. di kupas kulit dan dipotong 45 darjah. tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.
2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap 4 x 2 bahagian. selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam besin atau mangkuk yg berisi  air untuk mengelakan terung menjadi lebab dan kehitaman setelah masak.
1/2 Kg ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong 4 X2 (cara potongan 45 darjah). Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.
*Pisang Muda kari atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam..rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.
1 tsp Jintan Putih.
1 tsp Jintan Manis.
1 tsp Kas-Kas ( dikecualikan).
1 tsp serbuk kunyit.
3 pokok pudina.
3  sudu besar rempah daging.
Bahan untuk dikisar:
1 ulas bawang putih.
3 inci Halia.
1 biji bawang Besar.
Bahan Untuk Menumis:
2 biji bawang besar dihiris .
2 btg kayu manis, cengkih 5, bungan lawang 3, buah pelaga 3. (rempah ratus).
* Bahan kisaran/ blender Bawang putih, halia dan bawang.
Minyak untuk menumis.
Cara-cara membuat:
1. Selepas parrupu telah rebus dan masak seckup (kacang paruppu akan hancur) masukan Karot, Terung dan kentang ke dalam rebusan tadi. Kepekatan Dalca adalah keadaan air yang anda rebus parrupu. Kacang parrupu perlu hancur dan akan memberi kepekatan kuah. Rahsia kepekatan Dalca ialah  kacang parrupu masak dan hingga  hancur berbentuk paste. Semasa memasak kacang paruppu mestilah pentingkan keadaan kuatiti air yang cukup…dan jangan terlalu banyak air digunakan untuk memasak. Dan jangan pulak biarkan kacang parrupu hangus…kalau hangus…Dalca anda juga Hangus dan tidak boleh digunakkan.
2. Rebusan paruppu kalau perlu tambahkan air dan masukan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging, serbuk kunyit  dan kacau serata. Apabila ubi kentang mulai empuk ( cooked). Maka kuah anda sudah telah sedia. Anda boleh masukkan sedikit santan atau susu cair kalau ingin perlemakan kuah anda. Kecilkan api dapur.
3. Tumis semua bahan -bahan seperti di atas dan masukkan dalam rebusan kuah parrupu bersama dengan tulang, ubi , karot dan Terung dan rempah. Jangan hangitkan. Tumis perlu lakukan bermula dengan panaskan minyak, masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang…etc) , bila wangi masukkan bahan kisaran…bila wangi masukkan hirisan bawang….bila bawang mula keluarkan bau harum…tutup api dapur dan daun kari. Jangan hangitkan.  Masukan garam secukup rasa.
4. Masukam daun pudina dan tutup  tudung periok anda. Dalca anda sedia dihidangkan. Kalu anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera. Selamat cuba. Jangan putus asa setiap kali mencuba masakan nasiq kandaq Pulau Pinang. Anda akan mahir dari satu resipi ke satu resipi.

CHOKLAT CHIP BERTAM

250GM BUTTER
280GM ICING SUGAR
10GM COCOA POWDER
280GM FLOUR
1 EGG YOLK
1 TSP VANILLA
1 TSP SODA BICARBONATE
1TBSP MOLASSES  OPTIONAL
100GM CHOCLATE CHIPS
100GM WALNUT

BEAT BUTTER AND  ICING SUGAR. ADD EGG YOLK. POUR IN FLOUR  AND SODA ALTERNATELY WITH CHIPS AND ROASTED WALNUT.
KEEP IN FRIDGE FOR 20 MINUTES BEFORE BAKE IT FOR 20 MINUTES/170 C



TAT TELUR

KULITNYA
125GM BUTTER
63GM GULA ICING
250GM TEPUNG
1 KUNING TELUR
½ SUDU THE VANILA
1 TBSP AIR AIS

BUTTER DIRAMAS  DI DALAM TEPUNG HINGGA MENJADI SERBUK ROTI. MASUKAN GULA ICING DAN VANILA. GAUL RATA SEBELUM DI MASUK AIR DAN TELUR. BENTUK MENJADI SEBUKU TEPUNG DAN MASUK KE DALAM PETI AIS SELAMA 30 MINIT. KETIKA INI BOLEHLAH DISEDIAKAN KASTARDNYA.


SELEPAS DIKELUARKAN DARI FRIDGE CUBIT SEDIKIT DAN TEKANKAN PADA ACUAN. TUANG KASTARD SEPARUH SAHAJA. BAKAR SELAMA 15 MINIT/180 DARJAH.

KASTARD
A;
250ML AIR
125GM GULA
DIMASAK DAN SEJUKKAN.
B
5 BIJI TELUR
100GM SUSU 
DIBANCUH DENGAN AIR GULA TADI.TAPISKAN KASTARD.MASUKAN KE DALAM FRIDGE SEBENTAR.
Cantonese Egg Tarts01