BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 6, 2010

Chease Cake kkbd


BAHAN A (UNTUK SPONGE)
Sponge mix cake        250g
Telur                        4biji
Air                           60ml
Minyak masak/jagung  60ml
Lemon paste             2 sudu

KAEDAH MEMASAK :
1.    Pukul semua bahan kecuali minyak jagung dengan kelajuan tinggi selama 8 -10 minit hingga gebu.
2.    Kemudian masukkan minyak jagung & dikaup balik dengan spatula untuk menggelakkan kek dari berminyak.
3.    Tuang ke dalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin dan taburkan dengan sedikit tepung
4.    Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 oc selama 20 minit atau sehingga masak.
5.    Keluarkan dari acuan untuk disejukkan supaya kek tidak mengecut.


BAHAN B (UNTUK LAPISAN CHEESE DIATAS)
Cream cheese        500g
Gula kastor            150g
Telur                    2 biji
Whipping Cream     100g
Lemon paste         2 sudu
Blueberry filling       secukupnya

KAEDAH MEMASAK :
1.    Pukul cream cheese dan gula kastor hingga kembang
2.    Masukkan telur dan lemon paste
3.    Ratakan blueberry filling pada kek dan tutup dengan cream cheese pada atas permukaan kek
4.    Asingkan 4 sudu besar cream cheese untuk dibuat corak warna merah dan hijau
5.    Piping atas kek untuk dibuat corak.
6.    Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180oc atau sehingga masak. Jangan lupa letakkan bekas yang berisi air didalam ketuhar untuk menggelakkan permukaan cheese merekah atau hangus dan menutupnya dengan menggunakan aluminium foil.
7.    Apabila masak tutup suis biarkan seketika di dalam oven untk mengelakkan daripada merekah dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
8.    Hidang semasa sejuk.

* Saya sering juga mengikuti kelas masakan yang dianjur KKBD ni. Alhamdulilalh..semua yang saya pelajari dah dicuba dan memang menjadi. Cuma saya tak sampai lagi seru nak berniaga macam orang lain yang sama-sama  pi kursus. Sekadar dapat jimatkan duit tak payah pergi beli kat kedai bila anak-anak nak makan. Selamat mencuba

0 comments: